I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 23 Oktober 2010

lagi dan lagi~~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo...

update blog ni di tengah-tengah malam dengan mata yang berat...^///^

OK...
pasal exam ZT...secara tak rasminya...kita akan teruskan exam tu pada 4hb November 2010 eh...tu orang pejabat yang maklumkan pagi tadi...Noi tak tahu mereka dah maklumkan pada UKM Bangi...
so...Noi akan kompem kan balik Isnin nanti ya...takut tiba-tiba dia nak juga suruh kita cuti Deepavali tu...kalau benda tu berlaku, terpaksa la kita exam pada 9hb November tu..
dan kepada yang join AMSEP Filipina...Noi tak dapat nak tolong andai kata exam ZT tu jatuh pada tarikh 9hb Nov tu...lambat sangat bagitau...
apa-apa pun just wait and see eh~

jadual exam terkini dah pun di post kat blog Suara BBA...
rajin-rajinkan diri klik eh~^^

yg pasal INTEG a.k.a Intelek Globalisai tu, ade quota eh tu penyertaan ajk-nya...
so, setakat ni...Noi tutup penyertaan untuk girls eh (jangan marah comey2 ku~^^) dan buka penyertaan for boys...Noi bagi masa sampai tengah hari je eh...
pasal merit...Noi dah minta Hadi runding dengan JAKSA...ye la...dah la kita join program ni tak ikut JAKSA KTDI kan...jadi...paham2 la eh ;p (kalau boleh...jangan fikir pasal merit2 ni ye...)
INTEG...rasanya ramai tak tahu nama program ni...ye la...time bagitau pasal benda ni masing-masing kelam kabut nak balik kan~so...Noi ingatkan sekali lagi kat sini...ni la nama program yang kita akan join bersama-sama fakulti UKM yang lain...

apa-apa pun...thanks for the attention~
happy study TWP07~^^

XOXO - Noi nak buat pengakuan kat sini...Noi TAK SUKA sistem merit....

Khamis, 21 Oktober 2010

attention~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo sume...

Ada sedikit pengumuman untuk TWP07~

sesiapa yang tak buat UPP lagi sila lakukannya secepat mungkin...tarikh tutup adalah pada 26 OKTOBER 2010...kalau lewat sehari kena denda RM25/hari ye...kepada yang dah membuat pengesahan penginapan, PRINT lampiran tu dan hantar ke pejabat bersama-sama 2 keping gambar passport...tulis nama, no matrik, dan no bilik kat belakang gambar...
[more info boleh baca kat blog JAKSA KTDI]

Buat makluman semua, taklimat pada esok, JUMAAT, 22 OKTOBER 2010 akan diadakan di DK 2 jam 8.30 pagi (bukan di auditorium). Sila tepati masa.

Mengenai slip peperiksaan, slip dah keluar dan akan diberi esok semasa taklimat

Malam ni akan diadakan solat hajat untuk Tahun 3 di Surau Ar-Razi selepas solat Maghrib...semua dijemput hadir ya~

disebabkan ada perubahan jadual peperiksaan untuk memberi laluan kepada Cuti Deepavali (katanya~ini just assumption je....), exam ZT kita pn kna tunda...jadi setakat ni, cadangan tarikh untuk exam ZT ni adalah pada 9 NOVEMBER 2010 nanti...
so, kalau ada apa-apa bantahan, kita bincang sama-sama lepas taklimat exam esok ye~stay kejap lepas abih taklimat tu...nak amik masa korg sekejap je...

cuti Hari Raya Haji....tak kompem ade ke yang...kalau ikut kalender, Raya Haji jatuh pada 17 November 2010, beberapa hari selepas sem baru start...
jadi...tunggu je la ape2 perubahan or pemberitahuan nanti...ada cuti,cuti la...kalau tak cuti sehari je...hahaa

OK~tu je...
Sila bagitau kengkawan yang lain...
TQ coz amik perhatian...

XOXO - macam-macam plak hal yang berlaku di saat-saat akhir ni kan....

Rabu, 20 Oktober 2010

the latest and EXAM!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo sume...

apa khabar semua~?
lama tak kumpul ramai2~nk tgk muka masing dan tanya khabar depan2~
sorry kalau post kali ini mengganggu ketenteraman TWP07 nak mengulang kaji time STUDY WEEK ni~ :D

post terbaru selepas 2 bulan tak post apa-apa kt blog ni~hehehe
don't worry~blog ni masih lagi hidup dan Noi masih lagi rajin nak supply apa-apa informasi untuk pengetahuan dan juga peringatan kepada rakan-rakan TWP07...

yang pertama...tentang SPPK...
masalah tentang SPPK telah pun disampaikan ke Bahagian Akademik dan mereka akan hubungi dengan unit yang menguruskan SPPK ni...
bila boleh buat SPPK tu tak tau lagi coz tarikh tutupnya dah pun lepas~silap kita juga coz lambat buat laporan ni...
apa-apa pun, just wait and see OK~

tentang UPP~
sesiapa yang belum 'sah'kan lagi penginapan untuk sem 2 ni sila berbuat demikian...
password sama dgn password time nk daftar kursus...
kalau yang tak tau password, jgn nk salahkan server ke ape...tak boleh buat sebab tak tau password dan tak boleh buat sebab tau password tapi tak boleh aksess web adalah 2 benda yang berbeza OK...
kalu tak tau password, pergi sendiri Pejabat Bahagian Akademik tu...Noi tak dapat nk tolong bab ni coz password masing2 adalah sulit...
kalu tak boleh aksess web,try tanya Pejabat KTDI eh~setahu Noi tak ada masalah tentang UPP ni...coz mostly TWP07 leh wat...

next, EXAM~
semua mesti tengah diligently study kan ni~^^
  • sesiapa yang tak tau jadual exam final sem 1, boleh rujuk blog SUARA BBA ni ye...
  • taklimat exam akan diadakan pada JUMAAT, 22 OKTOBER 2010 di Auditorium PPUKM, jam 8.00 pagi...
  • sesiapa yang tak dapat slip exam ZT bgtau Noi eh dan slip exam for final sem exam ni akan diedarkan nanti tapi tak tau bila...so tunggu je la ye...
  • exam ZT (kod : ZZZT1033) pada KHAMIS, 4 NOVEMBER 2010, jam 9.00 pagi...tempat Noi akan confirm kan nanti eh...mula2 dapat tau kat Dewan Watson, Jabatan Kejururawatan...tapi kat slip exam tulis kat Blok Pendidikan...apa-apa hal Noi akan update kat Blog ni...

lagi satu~
ingat lagi tak pasal benda yang kita bincangkan time lepas kelas ZT hari tu?
yang program bersama fakulti lain kt UKM Bangi tu?
ada sesiapa yang berminat tak?kalau tak cukup 15 org, Noi akan minta JAKSA cari yang non-TWP untuk join benda ni~
setakat ni yang dah bagi confirmation:

Hanim, Noi, Aimi, Huda AM, Nadu, Ecah, Syira, Hadi, Farahain, Farahana, Huda Kecik

Noi bagi masa sampai Jumaat ni je ye...dah lama sangat dah benda ni tak ada response from kita...apa yang kita nak buat or apa role kita dalam program tu kita boleh diskus lagi lepas exam nanti...

yang pasal HM pulak...
hope kita dapat settlekan apa yang patut dalam minggu pertama semester baru nanti ya~
kalau boleh tak nak tangguh2 lagi pasal benda ni dan please be reasonable dalam pemilihan program...kita try buat apa yang patut dulu...kalau kali ni berjaya dengan lancar kita buat program yang lagi mencabar plak eh~^^
jadi, diharapkan...kepada nama2 yang tersenarai sebagai MT program hari tu dapat memerah idea yang bernas untuk HM ni ye...
yang namanya tak tersenarai tu pun tiada pengecualian tau~
sama ada itu adalah idea perseorangan atau bersama-sama, terpulang la...yang penting kita ada matlamat nak buat apa ya~

pasal persembahan DINNER KTDI yang dijangka akan diadakan hujung tahun nanti...
TWP07~ada idea nak buat apa?
permintaan dari Urusetia - kalau boleh bukan nyanyi atau tarian, dah ada yang buat persembahan tu...jadi???
tolong fikir sekali eh nak buat apa for DINNER tu...

tak tau la nak post pasal apa lagi...
yang penting, rajin2 kan diri tengok blog SUARA BBA tu...
kalau ada apa-apa problem, jangan malu2 nak sampaikan kat Noi or 3 org TWP07 yang ada dalam JAKSA tu...gunakan la diorg tu sebaik mungkin untuk jaga kebajikan kita semua..

last but not least~happy study to all TWP07...
may ALLAH bless us with love and joy~^^

XOXO - jangan bosan baca post ni~jangan terasa hati gak...kalau ada yang terasa, minta maaf banyak2 eh~peace!!!

Ahad, 1 Ogos 2010

Review ZT

Assalamualaikum n elo sume...

2 bulan hampir berlalu...kita semua pun hampir habis dengan posting masing-masing kan~?
selain sibuk dengan posting masing-masing, kita pun kena 'korban'kan hujung minggu kita untuk kelas ZT & HM....
jadi, post kali ni nak buat sikit ulang kaji ZT dan post yang seterusnya pasal HM ye...
biar kita semua ingat balik tentang topik-topik yang perlu di-cover dan benda-benda yang perlu dibuat untuk lulus 2 subjek ni....

kepada adik-adik TWP yang berada di Bandung...kami tak tau sama ada adik-adik dah mula dengan kelas ni atau belum...
kalau dah...baca la balik sebagai rujukan...kalau belum, boleh la familiar-kan diri dengan tajuk-tajuknya OK~
ini merupakan sukatan pembelajaran kami semua, tak tau la adik-adik punya sama atau tak...tapi mesti la tak lari dari topik-topik ni kan...
diharapkan post kali ni dalam memberi idea kepada adik-adik TWP tentang ZT ni yer~

ZT a.k.a TITAS a.k.a Tamadun Islam dan Tamadun Asia
subjek wajib UKM...kena lulus subjek ni untuk graduate di UKM...3 kredit diperuntukan untuk TITAS ni = 10 kelas

ZT ni...dipermudahkan ceritanya...kita belajar balik sejarah time kat sekolah menengah tu dulu ya...tapi lebih tertumpu kepada Tamadun Islam dan interaksinya ya...

Kandungan ZT:
  1. Pengenalan Ilmu Ketamadunan
  2. Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Cina & Tamadun India
  3. Islam dalam Tamadun Melayu di Malaysia
  4. Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  5. Islam Hadhari
Dalam topik Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia, terdapat beberapa sub-topik lain:
  • Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
  • Manusia dan Alam Sekitar menurut Perspektif Islam
  • Hegemoni Barat dan Globalisasi
  • Isu Jihad dan Keganasan
  • Jihad Ekonomi
  • Al-Quran dan Sains
  • Etika dalam Kegiatan Sains menurut Perspektif Islam
Dalam Islam Hadhari pun ada lagi sub-topik:
  • Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara
  • Konsep Islam Hadhari
Bagi pernilaian pula:
  • Final exam - 60% (50 soalan objektif)
  • Tugasan - 20% (markah berkumpulan, 3org/kump)
  • Pembentangan - 10% (markah berkumpulan)
  • Kehadiran - 10%
  • Kuiz (dari semasa ke semasa)
untuk tugasan, pembentangan akan dilakuan pada kelas yang ke-10 (menurut pensyarah kami)...
tajuk akan diberikan pada kelas yang ke-2 atau ke-3 (maaf ye adik-adik, tak dapat nak sertakan tajuk di post ni...banyak sangat tajuk nya...tapi Insya-Allah lepas hari pembentangan saya post tajuk2 yang TWP07 pilih ye~)
selain pembentangan, kena ada folio (tajuk yang dipilih, nama kumpulan & ahli, dll) juga ya...
pemarkahan akan dinilai berdasarkan - kandungan, kerjasama, keaslian idea & bernas

setakat ni, kami dah lalui 6 kelas dan tajuk pada kelas yang lalu (31 Julai 2010) - Al-Quran & Sains...
Modul ZT ada disediakan...1 buku = RM10 dan tak wajib beli pun...
kalau nak beli la...kalau x mau pun x pe...tiada paksaan

.: Modul ZT :.

banyak lagi yang kena belajar ye....
dan kepada TWP07...Noi cadangkan agar nama kumpulan2 yang akan membentang tajuk ZT masing2 tu terdiri daripada nama-nama tokoh-tokoh Islam....ada 13 kumpulan jadi ade 13 nama tokoh Islam...nak x?
kalau nak, nanti noi cari tokoh-tokoh Islam yang terkenal + kita cabut ya~^^

selamat menghadapi minggu terakhir di posting masing-masing~

next - HM~!!!

XOXO - personally...Noi suka ZT~hehehee

Rabu, 30 Jun 2010

Notis lagi~^^

Assalamualaikum n elo sume...

Perhatian kepada semua TWP07....
diharapkan kawan-kawan semua telah daftar kursus masing-masing ya...kepada yg sedang berposting JKM, dimaklumkan bahawa pihak pejabat akan mendaftarkan kursus untuk anda semua....

Dah daftar kan~?!!
Jangan lupa SAVE & PRINT ye...lepas tu jangan lupa untuk hantar ke Pejabat Sekretariat Pengajian Prasiswazah di Bangunan Akademik PPUKM...

senarai kursus yang wajib didaftar
Perubatan Dalaman 1 FF3118
JKM III FF 3618
Surgeri FF 3128
Obs. & Gynae FF 3226
PPD III A FF3714
PPD III B FF 3723

Noi dah tanyakan pasal pendaftaran kursus HM & ZT, pihak pejabat kata pendaftaran untuk kursus ni masih belum dibuka, jadi nanti dia akan maklumkan kemudian...
tak tau la dia nak daftarkan ke apa ya...just wait & see~

next~
pasal HM & ZT:
  • jadual terbaru dah pun keluar minggu lepas & kepada sesiapa yg tak dapat lagi sila hubungi Noi eh...kalu dah hilang tanya orang serumah or sebilik~ ;p
  • pasal tempat untuk kuliyah kita, insya-Allah Noi akan pergi confirm-kan dengan pejabat semua ya...sebarang perubahan akan dimaklumkan nanti...
  • hope dah ada kumpulan masing2 (3 org/grup untuk ZT & 9-10/grup untuk HM)
  • dah pilih tajuk untuk presentation ZT & maklumkan pada Luqman tentang tajuk yg telah dipilih
  • untuk HM, kan En Zameri ada bagi contoh kertas kerja & surat-surat program yg kita kena buat kn? nk fotokopi macam mana tu?coz macam banyak je...bagi cadangan skit leh~
  • kepada adik-adik TWP08 & TWP09...komponen akan di post nnt ye...tunggu~^^
next~
kepada TWP07 girls~
sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK PEMASARAN SURAU AR-RAZI KTDI, sila maklumkan kepada Noi juga yer~tak kisah la korang duduk di dalam atau di Prisma....dialu-alukan penyertaan korang~

next~
kepada TWP07 yang berada di O&G...
jika berminat nak join CMEMS 2010: JOINT PAIN yang akan berlangsung pada 10 Julai 2010 nanti, tolong maklumkan kepada Noi secepat mungkin ya...Noi nak serahkan borang ni secepat mungkin...
kepada rakan2 UKM Tahun 3 lain yang berada di O&G juga sila maklumkan Noi kalau berminat ye~

next~
kepada yang tak tahu lagi....adik-adik TWP10 bakal berangkat ke bumi Indonesia pada Ahad ini, memulakan kehidupan mereka di rantau orang....
kalau tak silap bilangan mereka = 47 orang...
mari kita sama-sama doakan mereka selamat sampai ke Bandung & ke UNPAD Jatinangor (yang kita dok rindu-rindu ni~^^)...
hope gak mereka bakal sentiasa selamat & dapat bergembira & mengumpul memori manis kat sana~cewahh~>///<
ada sesiapa yang terasa nak jumpa adik-adik ni sebelum mereka berangkat ke?

last for not least....
diharapkan semua dapat bersabar sebab....biasiswa bulanan kita mungkin akan masuk lambat lagi...sebab....ada la sebab2 nye...may be ada yang dah tahu kan?!!
jadi...tak payah nak kecoh2 sangat...hope kita semua dapat bertahan dengan baik...hope akan dapat secepat mungkin ya~
chills ye kawan-kawan~

apa lagi nak umumkan kat blog ni ye?
kalau ada apa-apa update lg...Noi akan maklumkan lagi ye...
rajin-rajin lawat blog ni coz...kalau ada apa-apa maklumat yang Noi dapat & nak sampai kan pada korang...Noi akan post kat blog ni...tak larat la nak sms...MAHAL..dah la ramai pakai MAXIS....
so~meriahkan la blog ni ye~

that's all...
love you guys so much~lama tak lepak sama-sama~^^

XOXO - teruskan hidup dengan gembira O(≧▽≦)O