I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 30 Jun 2010

Notis lagi~^^

Assalamualaikum n elo sume...

Perhatian kepada semua TWP07....
diharapkan kawan-kawan semua telah daftar kursus masing-masing ya...kepada yg sedang berposting JKM, dimaklumkan bahawa pihak pejabat akan mendaftarkan kursus untuk anda semua....

Dah daftar kan~?!!
Jangan lupa SAVE & PRINT ye...lepas tu jangan lupa untuk hantar ke Pejabat Sekretariat Pengajian Prasiswazah di Bangunan Akademik PPUKM...

senarai kursus yang wajib didaftar
Perubatan Dalaman 1 FF3118
JKM III FF 3618
Surgeri FF 3128
Obs. & Gynae FF 3226
PPD III A FF3714
PPD III B FF 3723

Noi dah tanyakan pasal pendaftaran kursus HM & ZT, pihak pejabat kata pendaftaran untuk kursus ni masih belum dibuka, jadi nanti dia akan maklumkan kemudian...
tak tau la dia nak daftarkan ke apa ya...just wait & see~

next~
pasal HM & ZT:
  • jadual terbaru dah pun keluar minggu lepas & kepada sesiapa yg tak dapat lagi sila hubungi Noi eh...kalu dah hilang tanya orang serumah or sebilik~ ;p
  • pasal tempat untuk kuliyah kita, insya-Allah Noi akan pergi confirm-kan dengan pejabat semua ya...sebarang perubahan akan dimaklumkan nanti...
  • hope dah ada kumpulan masing2 (3 org/grup untuk ZT & 9-10/grup untuk HM)
  • dah pilih tajuk untuk presentation ZT & maklumkan pada Luqman tentang tajuk yg telah dipilih
  • untuk HM, kan En Zameri ada bagi contoh kertas kerja & surat-surat program yg kita kena buat kn? nk fotokopi macam mana tu?coz macam banyak je...bagi cadangan skit leh~
  • kepada adik-adik TWP08 & TWP09...komponen akan di post nnt ye...tunggu~^^
next~
kepada TWP07 girls~
sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK PEMASARAN SURAU AR-RAZI KTDI, sila maklumkan kepada Noi juga yer~tak kisah la korang duduk di dalam atau di Prisma....dialu-alukan penyertaan korang~

next~
kepada TWP07 yang berada di O&G...
jika berminat nak join CMEMS 2010: JOINT PAIN yang akan berlangsung pada 10 Julai 2010 nanti, tolong maklumkan kepada Noi secepat mungkin ya...Noi nak serahkan borang ni secepat mungkin...
kepada rakan2 UKM Tahun 3 lain yang berada di O&G juga sila maklumkan Noi kalau berminat ye~

next~
kepada yang tak tahu lagi....adik-adik TWP10 bakal berangkat ke bumi Indonesia pada Ahad ini, memulakan kehidupan mereka di rantau orang....
kalau tak silap bilangan mereka = 47 orang...
mari kita sama-sama doakan mereka selamat sampai ke Bandung & ke UNPAD Jatinangor (yang kita dok rindu-rindu ni~^^)...
hope gak mereka bakal sentiasa selamat & dapat bergembira & mengumpul memori manis kat sana~cewahh~>///<
ada sesiapa yang terasa nak jumpa adik-adik ni sebelum mereka berangkat ke?

last for not least....
diharapkan semua dapat bersabar sebab....biasiswa bulanan kita mungkin akan masuk lambat lagi...sebab....ada la sebab2 nye...may be ada yang dah tahu kan?!!
jadi...tak payah nak kecoh2 sangat...hope kita semua dapat bertahan dengan baik...hope akan dapat secepat mungkin ya~
chills ye kawan-kawan~

apa lagi nak umumkan kat blog ni ye?
kalau ada apa-apa update lg...Noi akan maklumkan lagi ye...
rajin-rajin lawat blog ni coz...kalau ada apa-apa maklumat yang Noi dapat & nak sampai kan pada korang...Noi akan post kat blog ni...tak larat la nak sms...MAHAL..dah la ramai pakai MAXIS....
so~meriahkan la blog ni ye~

that's all...
love you guys so much~lama tak lepak sama-sama~^^

XOXO - teruskan hidup dengan gembira O(≧▽≦)O

Tiada ulasan: