I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 1 Ogos 2010

Review ZT

Assalamualaikum n elo sume...

2 bulan hampir berlalu...kita semua pun hampir habis dengan posting masing-masing kan~?
selain sibuk dengan posting masing-masing, kita pun kena 'korban'kan hujung minggu kita untuk kelas ZT & HM....
jadi, post kali ni nak buat sikit ulang kaji ZT dan post yang seterusnya pasal HM ye...
biar kita semua ingat balik tentang topik-topik yang perlu di-cover dan benda-benda yang perlu dibuat untuk lulus 2 subjek ni....

kepada adik-adik TWP yang berada di Bandung...kami tak tau sama ada adik-adik dah mula dengan kelas ni atau belum...
kalau dah...baca la balik sebagai rujukan...kalau belum, boleh la familiar-kan diri dengan tajuk-tajuknya OK~
ini merupakan sukatan pembelajaran kami semua, tak tau la adik-adik punya sama atau tak...tapi mesti la tak lari dari topik-topik ni kan...
diharapkan post kali ni dalam memberi idea kepada adik-adik TWP tentang ZT ni yer~

ZT a.k.a TITAS a.k.a Tamadun Islam dan Tamadun Asia
subjek wajib UKM...kena lulus subjek ni untuk graduate di UKM...3 kredit diperuntukan untuk TITAS ni = 10 kelas

ZT ni...dipermudahkan ceritanya...kita belajar balik sejarah time kat sekolah menengah tu dulu ya...tapi lebih tertumpu kepada Tamadun Islam dan interaksinya ya...

Kandungan ZT:
  1. Pengenalan Ilmu Ketamadunan
  2. Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Cina & Tamadun India
  3. Islam dalam Tamadun Melayu di Malaysia
  4. Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  5. Islam Hadhari
Dalam topik Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia, terdapat beberapa sub-topik lain:
  • Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
  • Manusia dan Alam Sekitar menurut Perspektif Islam
  • Hegemoni Barat dan Globalisasi
  • Isu Jihad dan Keganasan
  • Jihad Ekonomi
  • Al-Quran dan Sains
  • Etika dalam Kegiatan Sains menurut Perspektif Islam
Dalam Islam Hadhari pun ada lagi sub-topik:
  • Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara
  • Konsep Islam Hadhari
Bagi pernilaian pula:
  • Final exam - 60% (50 soalan objektif)
  • Tugasan - 20% (markah berkumpulan, 3org/kump)
  • Pembentangan - 10% (markah berkumpulan)
  • Kehadiran - 10%
  • Kuiz (dari semasa ke semasa)
untuk tugasan, pembentangan akan dilakuan pada kelas yang ke-10 (menurut pensyarah kami)...
tajuk akan diberikan pada kelas yang ke-2 atau ke-3 (maaf ye adik-adik, tak dapat nak sertakan tajuk di post ni...banyak sangat tajuk nya...tapi Insya-Allah lepas hari pembentangan saya post tajuk2 yang TWP07 pilih ye~)
selain pembentangan, kena ada folio (tajuk yang dipilih, nama kumpulan & ahli, dll) juga ya...
pemarkahan akan dinilai berdasarkan - kandungan, kerjasama, keaslian idea & bernas

setakat ni, kami dah lalui 6 kelas dan tajuk pada kelas yang lalu (31 Julai 2010) - Al-Quran & Sains...
Modul ZT ada disediakan...1 buku = RM10 dan tak wajib beli pun...
kalau nak beli la...kalau x mau pun x pe...tiada paksaan

.: Modul ZT :.

banyak lagi yang kena belajar ye....
dan kepada TWP07...Noi cadangkan agar nama kumpulan2 yang akan membentang tajuk ZT masing2 tu terdiri daripada nama-nama tokoh-tokoh Islam....ada 13 kumpulan jadi ade 13 nama tokoh Islam...nak x?
kalau nak, nanti noi cari tokoh-tokoh Islam yang terkenal + kita cabut ya~^^

selamat menghadapi minggu terakhir di posting masing-masing~

next - HM~!!!

XOXO - personally...Noi suka ZT~hehehee

Tiada ulasan: