Sabtu, 23 Oktober 2010
lagi dan lagi~~
Khamis, 21 Oktober 2010
attention~
Rabu, 20 Oktober 2010
the latest and EXAM!!!
- sesiapa yang tak tau jadual exam final sem 1, boleh rujuk blog SUARA BBA ni ye...
- taklimat exam akan diadakan pada JUMAAT, 22 OKTOBER 2010 di Auditorium PPUKM, jam 8.00 pagi...
- sesiapa yang tak dapat slip exam ZT bgtau Noi eh dan slip exam for final sem exam ni akan diedarkan nanti tapi tak tau bila...so tunggu je la ye...
- exam ZT (kod : ZZZT1033) pada KHAMIS, 4 NOVEMBER 2010, jam 9.00 pagi...tempat Noi akan confirm kan nanti eh...mula2 dapat tau kat Dewan Watson, Jabatan Kejururawatan...tapi kat slip exam tulis kat Blok Pendidikan...apa-apa hal Noi akan update kat Blog ni...
Hanim, Noi, Aimi, Huda AM, Nadu, Ecah, Syira, Hadi, Farahain, Farahana, Huda Kecik
Ahad, 1 Ogos 2010
Review ZT
2 bulan hampir berlalu...kita semua pun hampir habis dengan posting masing-masing kan~?
selain sibuk dengan posting masing-masing, kita pun kena 'korban'kan hujung minggu kita untuk kelas ZT & HM....
jadi, post kali ni nak buat sikit ulang kaji ZT dan post yang seterusnya pasal HM ye...
biar kita semua ingat balik tentang topik-topik yang perlu di-cover dan benda-benda yang perlu dibuat untuk lulus 2 subjek ni....
kepada adik-adik TWP yang berada di Bandung...kami tak tau sama ada adik-adik dah mula dengan kelas ni atau belum...
kalau dah...baca la balik sebagai rujukan...kalau belum, boleh la familiar-kan diri dengan tajuk-tajuknya OK~
ini merupakan sukatan pembelajaran kami semua, tak tau la adik-adik punya sama atau tak...tapi mesti la tak lari dari topik-topik ni kan...
diharapkan post kali ni dalam memberi idea kepada adik-adik TWP tentang ZT ni yer~
ZT a.k.a TITAS a.k.a Tamadun Islam dan Tamadun Asia
subjek wajib UKM...kena lulus subjek ni untuk graduate di UKM...3 kredit diperuntukan untuk TITAS ni = 10 kelas
ZT ni...dipermudahkan ceritanya...kita belajar balik sejarah time kat sekolah menengah tu dulu ya...tapi lebih tertumpu kepada Tamadun Islam dan interaksinya ya...
Kandungan ZT:
- Pengenalan Ilmu Ketamadunan
- Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Cina & Tamadun India
- Islam dalam Tamadun Melayu di Malaysia
- Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia
- Islam Hadhari
- Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
- Manusia dan Alam Sekitar menurut Perspektif Islam
- Hegemoni Barat dan Globalisasi
- Isu Jihad dan Keganasan
- Jihad Ekonomi
- Al-Quran dan Sains
- Etika dalam Kegiatan Sains menurut Perspektif Islam
- Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara
- Konsep Islam Hadhari
- Final exam - 60% (50 soalan objektif)
- Tugasan - 20% (markah berkumpulan, 3org/kump)
- Pembentangan - 10% (markah berkumpulan)
- Kehadiran - 10%
- Kuiz (dari semasa ke semasa)
tajuk akan diberikan pada kelas yang ke-2 atau ke-3 (maaf ye adik-adik, tak dapat nak sertakan tajuk di post ni...banyak sangat tajuk nya...tapi Insya-Allah lepas hari pembentangan saya post tajuk2 yang TWP07 pilih ye~)
selain pembentangan, kena ada folio (tajuk yang dipilih, nama kumpulan & ahli, dll) juga ya...
pemarkahan akan dinilai berdasarkan - kandungan, kerjasama, keaslian idea & bernas
setakat ni, kami dah lalui 6 kelas dan tajuk pada kelas yang lalu (31 Julai 2010) - Al-Quran & Sains...
Modul ZT ada disediakan...1 buku = RM10 dan tak wajib beli pun...
kalau nak beli la...kalau x mau pun x pe...tiada paksaan
banyak lagi yang kena belajar ye....
dan kepada TWP07...Noi cadangkan agar nama kumpulan2 yang akan membentang tajuk ZT masing2 tu terdiri daripada nama-nama tokoh-tokoh Islam....ada 13 kumpulan jadi ade 13 nama tokoh Islam...nak x?
kalau nak, nanti noi cari tokoh-tokoh Islam yang terkenal + kita cabut ya~^^
selamat menghadapi minggu terakhir di posting masing-masing~
next - HM~!!!
XOXO - personally...Noi suka ZT~hehehee
Rabu, 30 Jun 2010
Notis lagi~^^
- jadual terbaru dah pun keluar minggu lepas & kepada sesiapa yg tak dapat lagi sila hubungi Noi eh...kalu dah hilang tanya orang serumah or sebilik~ ;p
- pasal tempat untuk kuliyah kita, insya-Allah Noi akan pergi confirm-kan dengan pejabat semua ya...sebarang perubahan akan dimaklumkan nanti...
- hope dah ada kumpulan masing2 (3 org/grup untuk ZT & 9-10/grup untuk HM)
- dah pilih tajuk untuk presentation ZT & maklumkan pada Luqman tentang tajuk yg telah dipilih
- untuk HM, kan En Zameri ada bagi contoh kertas kerja & surat-surat program yg kita kena buat kn? nk fotokopi macam mana tu?coz macam banyak je...bagi cadangan skit leh~
- kepada adik-adik TWP08 & TWP09...komponen akan di post nnt ye...tunggu~^^
Sabtu, 12 Jun 2010
Notis for TWP07
- LIST POSTING TAHUN 3 FPER SUDAH DIUMUMKAN. KEPADA TWP07 & KAWAN2 FPER UKM YG LAIN YG TAK TENGOK LAGI, LIST NI ADA DITAMPAL DI PAPAN TAHUN 3 DI ARAS 2 BLOK AKADEMIK
- KEPADA KAWAN2 YG POSTING O&G, LIST KUMPULAN DLM POSTING + WAD DAH PUN ADA DI DEPT O&G YE...JADUAL DAPAT ISNIN NANTI...YG POSTING LAIN,TIDAK DIKETAHUI....MUNGKIN SUDAH ADA DI DEPT MASING2
- JUALAN BUKU TAHUN 3 AKAN DIADAKAN BERMULA 13 JUN 2010 HINGGA 15 JUN 2010 DI CAFE MAK YONG KTDI (BERDASARKAN POSTERNYA....)
Sabtu, 30 Januari 2010
Family Day TWP
Family Day TWP UKM-UNPAD...
so..macam mana semua?best?
kepada junior 08 n 09...dh kenal tak semua senior-senior 07?!!
.: langit pagi yg penuh dgn awan :.
acara pagi tersebut dimulakan lewat sedikit...coz ada yang tak datang lagi... jadi...pagi tu dimulakan dengan aktiviti sendiri...dengan ada yang warming up, AJK sediakan apa yang patut tuk games, n ade gak yang makan2...
.: muka-muka ceria TWP07 :.
.: AJK Belon Air :.
.: adik-adik TWP09 yg bersemangat ber-warming up :.
.: Isma yg kebosanan menunggu :.
.: praktis passing bola :.
.: TWP07...lepak2 je la ye :.
dalam jam 9 a.m....Ketua AJK Games kita, Chie-chie mulakan taklimat dan pembahagian kumpulan...
perlawanan antara TWP08 vs TWP09 dan dimenangi oleh TWP08...pasukan ini berentap menentang TWP07...dan akhirnya menang dengan 1-0...
TAHNIAH TWP08~!!!
kalau perempuan main futsal (dengan budak2 lelaki yang kat luar court sibuk menggelakkan puteri-puteri TWP main futsal), putera-putera TWP pula diberi peluang untuk main bola jaring...
memang dah agak...diorg ni akan mengeluh dengan rules bola jaring...
tapi...mereka main dengan bersungguh-sungguh...walaupun sekarang turn kena gelak la....pusingan awal dimulakan dengan TWP09 vs TWP08 dan kemudian TWP08 berjaya ke pusingan akhir menentang TWP07...kemenangan berpihak pada TWP07 dengan 4-1 (kalau tak silap la...)...
TAHNIAH TWP07~!!!
lepas penat-penat lawan antara batch, plan pagi kita diteruskan dengan SUKANEKA~~
kita just sempat wat 3 games je dari 5 games yang dalam perancangan....
- Pertandingan Makan
- Regu
- Belon Air
walaupun sikit je games yang ada...tapi Noi sebagai orang yang banyak bergerak untuk ambil gambar...muka-muka hepi tu ada je...
well...
thanks di atas kerjasama yang sangat menyeluruh dan mantap~
kami sebagai senior happy dapat kenal adik-adik dengan lebih dekat lagi~
hope lepas ni...jangan teragak-agak nak tegur sesama sendiri..dah kenal muka masing-masing...dah tau mne yang 07, 08, n 09...
ape2 pun...team TWP07 still the best~^^
ok...sayang korg sume~!!!
Late Notice~!!!
ok...ni notification tuk semua ahli TWP...Noi ingat nak update pasal benda ni semalam tapi sesuatu yang tak dapat dielakkan berlaku...
jadi..just a short notice tuk semua...biar semua rasa adil....kalau nak view post ni,silakan...kalau tak nak tak apa...tak paksa pun~~
hari ni...hari yang kita semua tunggu telah tiba...Hari Ramah Mesra Keluarga TWP UKM-UNPAD...hehehe...
jadi...seperti yang telah diumumkan..pagi ni kita akan start seawal 7.30 pg ya kawan-kawan...jangan lewat..please be on time...
menurut AJK Sukan kita...kita semua akan bermula dengan perlawanan antara batch - Futsal dan Netball...
- FUTSAL - perlawanan antara puteri-puteri TWP
- NETBALL - perlawanan antara putera-putera TWP
ok...lepas tamat match di atas, kita akan teruskan dengan SUKANEKA....
terdapat 5 pusingan:
- PERTANDINGAN MAKAN
- REGU
- TUJU SELIPAR
- ISI AIR DALAM BOTOL + CARI GULA-GULA DALAM TEPUNG
- BELON AIR
cabutan, pembahagian kumpulan, dan penerangan peraturan-peraturan pertandingan akan diumumkan pagi nanti...jadi...datanglah awal untuk dengar penerangan ini...kalau ada yang salah dan terasa tak adil pasal tak faham peraturan jangan nak marah-marah ye~^^
ok...setakat ni sahaja "pengumuman" dari pihak kami...
thank you...kita memang comel~~
Khamis, 28 Januari 2010
Hari Ramah Mesra Twinning Program UKM-UNPAD
1st of all...Noi sebagai moderator blog TWP07 nak minta maaf banyak2 coz dah lama tak update blog ni n post apa-apa kat sini...
Noi tau gak...tak ramai yang akan buka blog ni tapi walau apapun, Noi still akan update blog ini dari semasa ke semasa...
ok...1st of all, kepada TWP07...berkemungkinan besar kita semua akan dapat result 5th Semester exam esok...maybe termasuk sekali result mid-semester hari tu...tapi tak tau la..yang didengar semalam just result exam, tapi tak tau exam yang mana...so...be prepared, all the best, n may ALLAH bless us all with HIS love...^^
lagi satu, kepada sesiapa yang tak bayar duit untuk majlis kita Sabtu ni, silalah berbuat demikian esok ya...bayar (Rp40000) kepada Noi selaku Bendahari Kehormat (suka-suka je lantik diri sendiri~^^)
seperti yang semua sedia maklum...
Sabtu ni, 30hb Januari 2010, wakil-wakil dari TWP07, TWP08, n TWP09 telah pun bersepakat untuk mengadakan Hari Ramah Mesra Twinning Program UKM-UNPAD (ini bukan nama rasmi, Noi yang letak sendiri). Ketiga-tiga angkatan Twinning Program menyumbangkan tenaga dalam menjayakan majlis ni dan modal untuk sepanjang hari ini adalah dari sesama kita sendiri...tanpa dana dari mana-mana pihak ya...
details tuk hari tersebut:

Tarikh : 30 Januari 2010
Masa: 8.00 a.m. - 1.00 p.m. & 7.00 - 10.30 p.m.
Tempat: Bale Padjadjaran 1

.: Aturcara Hari Ramah Mesra :.
Pagi : Futsal (perempuan) & Netball (lelaki) , Sukaneka
Petang : Persiapan untuk majlis makan malam
Malam : Majlis Makan Malam, Persembahan setiap batch, Penyampaian Hadiah, Sesi Fotografi
dan setiap batch dah ada theme masing-masingkan?
kalu x silap:
kalu ada yang salah sori eh...n jangan marah coz Noi letak pasal theme setiap batch kt sini tanpa inform consent...
dah ready semua?
dah cukup stamina n practice persembahan untuk malam tu?
diharapkan semua dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan sesama keluarga Twinning Program akan menjadi lebih selepas ini...
kepada adik-adik, jangan malu-malu untuk kenal senior anda yang tak macam senior ni...main je kerja nye..inilah masanya tuk adik-adik semua kenal kami semua...kami tinggal dalam 3-4 bulan je lagi kat sini...disebabkan kami ingin mengenali adik-adik, idea tuk adakan majlis seperti ini keluar...
minta maaf sgt2 coz terlalu mendadak coz kami tak mau kacau lain-lain hari...lepas ni ade exam la, AGM la, program itu, program ini...jadi...hujung minggu ni adalah yang paling sesuai...
JUMPA ANDA DI SANA~~

XOXO - kepada sesiapa yang tak tau...keluarga TWP seramai 121 orang (batch 07,08,09)